Sunday, May 21, 2017

SELAMAT DATANG KE BLOG LANGKAWI KRV

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat Datang Tuan-tuan dan Puan-puan ke BLOG Rasmi LANGKAWI KRV. Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami untuk menguruskan percutian Tuan-tuan dan Puan-puan ke Pulau Langkawi. Semoga perjalanan dan percutian anda di pulau yang indah ini lancar dan menyeronokkan.

Kami merupakan salah seorang Syarikat Perunding Pelancongan yang menyediakan perkhidmatan tempahan penginapan, pengangkutan dan aktiviti di Pulau Langkawi. Seperti yang anda sedia maklum, Pulau Langkawi ialah pulau pelancongan yang sentiasa dilawati oleh pengunjung di dalam dan di luar negara.

CADANGAN TENTATIF DI PULAU LANGKAWI

HARI PERTAMA

Pada hari pertama, anda digalakkan supaya sampai di Jeti Kuah dengan lebih awal iaitu sekitar 12pm atau 1pm. Sebelum anda menaiki feri atau kapal terbang, anda diminta untuk menghubungi pihak kami supaya kami dapat bersedia di Jeti Kuah dengan lebih awal. Setibanya anda di jeti tersebut, anda akan disambut oleh wakil kami untuk menyerahkan kunci kereta.

Jika anda mengambil Pakej Cable dan Muzium 3D daripada kami, anda diminta untuk singgah ke Pejabat kami di Pekan Rabu terlebih dahulu, untuk mengambil tiket-tiket tersebut untuk digunakan pada hari kedua. Sila hubungi 016-4114159 (Cikgu Ismail) untuk lokasi pejabat dan menyatakan kepada beliau bahawa anda membeli tiket Cable Car dan Muzium 3D daripada Cikgu Khalim.

Tempat-tempat yang dicadangkan untuk anda pergi pada hari pertama ialah